HANYA YANG TERINDAH...

Adakah Engkau Merasa Apa Yang Aku rasa, Adakah Engkau tahu apa yang aku rasa,
Adakah Engkau Bahagia seperti aku bahagia, Adakah Engkau cinta seperti aku cinta,
Adakah Engkau Ikhlas Menyintaiku seperti mana Aku ikhlas menyintaimu....

TRAVEL TIP

Sekiranya anda tercari cari destinasi pilihan untuk percutian keluarga anda, Almalique mencadangkan supaya destinasi kali ini adalah ke kota Kota Istanbul yang terletak di negara Turki, ianya merupakan destinasi yang terbaik untuk dikunjungi kerana Istanbul merupakan kota sejarah peninggalan kebudayaan islam yang paling mahsyur didunia, is juga merupakan Pusat pemerintahan kerajaan Ottomaniayah.

Almalique memilih untuk menggunakan perkhidmatan dari Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd yang sememangnya menjadi pilihan utama Almalique dan keluarga sepanjang masa.

    KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT KLIA
Penerbangan menggunakan pesawat Turkish Airlines mengambil masa lebih kurang 11 jam untuk sampai ke Lapangan terbang antarabangsa Ataturk, setibanya di istanbul, suhu ketika itu berada di sekitar 10'c, Kami terus ke hotel yang telah ditempah di sekitar Blue Mosque - Dossa Dossi Hotel (4 Star Hotel) bagi merehatkan diri untuk seketika sebelum memulakan lawatan ke Blue Mosque & Hagia Sofea

      Dossa Dossi Hotel - 4 Star
                                                      
Peghhhh...Cantik hotel ni, lepas check in hotel terus dibuai mimpi akibat kepenatan sedar2 dah masuk waktu maghrib...laa..laa.laa...Zohor Lepas..Asar Pun Lepas.. adoiiii...
pada waktu malam kami mengambil keputusan untuk bersiar siar disekitar blue mosque, wowww sangat cantik dengan sinaran cahaya lampu serta kemegahan senibina yang sangat hebat. Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki di kota istanbul ini.

                                                                      Blue Mosque

antara tempat yang mesti dilawati di kota istanbul ini adalah, Blue mosque, Hagia Sofea, Grand Bazzar, Topkapi palace (Tempan simpanan barang sejarah Nabi dan Kaabah) Istabul merupakan Pusat pemerintahan teragung kerajaan Utmaniyah.Bagi siapa2 yang belum pernah sampai ke sini, dengan berbesar hati saya ingin mencadangkan kepada anda semua supaya bercutilah ke kota Istanbul ini anda pasti tidak akan menyesal..Hehehe Terbaik.

                                                                             Hagia Sofea

Selepas beberapa hari kami di Kota istanbul dan bursa dami meneruskan perjalanan ke Negara Morocco yang terletak di bahagian utara afrika dengan menaiki penerbangan Turkish Airlines selama 5 jam penerbangan dari Istanbul. Negara Morocco ini terletak diantara perairan Atlantik dan Mediteranean. Manakala ibu negara morocco adalah Rabat. Pengalaman baru bagi Almalique dalam pengembaraan kali ini apa bila buat pertama kalinya menjejakkan kaki di benua Afrika.Morocco juga dikelai sebagai sebuah negara yang mempunyai 2 pergunungan iaitu Atlas dan Rif.



No comments:

Post a Comment

ALLAH DAH SUSUN CANTIK JALAN HIDUP KITA