HANYA YANG TERINDAH...

Adakah Engkau Merasa Apa Yang Aku rasa, Adakah Engkau tahu apa yang aku rasa,
Adakah Engkau Bahagia seperti aku bahagia, Adakah Engkau cinta seperti aku cinta,
Adakah Engkau Ikhlas Menyintaiku seperti mana Aku ikhlas menyintaimu....

Friday 7 April 2017

IBU - SYURGAKU YANG TERAKHIR



Kasih ibu membawa ke syurga....
Tiada yang terindah bagiku hanya apabila melihat wajah ibuku..
Ya Allah.. Sudah banyak kedutan diwajahnya, tubuhnya dimamah usia, rambut yang dahulunya hitam kini menjadi putih, tetapi hatinya masih segar merindui dan menyintai anak2nya. Iringan Doa tidak pernah sekali kali putus dibibir untuk kebahagiaan dan kejayaan setiap anaknya..

Dalam kandungannya aku berada selama 9 Bulan 10 hari, segala keperitan, kesakitan, mengendongknku didalam rahimnya, dijaga dengan sepenuh kasih sayang dan belaian. Disaat tibanya hari aku dilahirkan kesakitan demi kesakitan dilalui dengan penuh kesabaran demi menyambut kelahiran anak yang tersayang.
siang dan malam menangis menganggu tidurnya, dia tetap bangun dengan penuh kesabaran memberikanku susu dari tubuhnya dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah sekalipun keluar dari bibirnya perkataan sakit melahirkanku, kesakitan itu disimpan dibuang sejauhnya tanpa sebarang ungkitan. ibu............
Aku merinduimu ibu...

Kenakalan kami sewaktu kecil dilayani dengan penuh kesabaran, rumah yang bersepah sepah dengan mainan, pergaduhan sesama adik beradik, luka sana sini, curi rambutan rumah jiran, curi mangga rumah jiran, kena kejar dengan anjing, main lestik, mandi sungai, jatuh pokok, jatuh basikal dan macam kerenah anak anak yang nakal, ibuku hanya mampu tersenyum melihat anak2nya sihat membesar...

Tetapi disebalik senyumanmu tersimpan seribu kedukaan dalam membesarkan kami dan mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak2nya, Ya Allah, sungguh perih seorang ibu membesarkan kami, tanpa pernah sekalipun mengeluh kepenatan, setiap malam sebelum ibu masuk tidur, ibu akan masuk kebilik anak anaknya membelai rambut, mencium anak anaknya dengan penuh kasih sayang sambil mengungkapkan "ibu sayang anak anak ibu" dan membetulkan selimut kami yang tercampak ke tepi katil..

kadang kadang terlihat air mata jernih di kelopak mata ibu, sambil ibu memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan kami dengan sempurna, kerana kehidupan kami sangat daif, ibu sedih kerana anak2 ibu hanya dapat makan nasi seminggu sekali, jauh sekali untuk makan ayam, daging dan ikan yang dimasak sedap, semuanya hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dirasa.

ibu....
dalam kepenatan menbesarkan kami, mencari rezeki untuk menyara kami, ibu tak pernah sesekali tinggal  dalam mendidik anak2nya untuk mengenal solat dan Al-Quran, ibu tak mahu anak2 ibu hidup tanpa cahaya Agama dan sesat dengan dunia yang penuh dengan pancaroba yang menyesatkan..

"Ibu nak anak2 ibu ada pegangan agama yang kuat, jadi anak anak yang soleh dan solehah, sentiasa bantu sesiapa sahaja, ibu nak anak2 ibu banggakan ibu bukan dengan kemewahan dan harta, tetapi banggakan ibu dengan agama, jadi manusia yang dicintai penduduk bumi dan langit..... ibu harapkan anak2 ibu boleh bawa dan bimbing ibu masuk kesyurga..

nantikan sambungannya.........



Saturday 1 April 2017

AKU REDHA - PERKAHWINANKU DIBATALKAN SEBULAN SEBELUM HARI PERKAHWINAN



Dalam Percintaan...
Segalanya adalah indah belaka, Yang pahit dirasakan manis, yang bodoh dirasakan pandai dan yg busuk dirasakan wangi...

Disaat hari perkahwinan ku yang bakal berlangsung sebulan sahaja lagi, saat itulah Allah membongkarkan segalanya yang amat menghancurkan hatiku, Disaat kau menidakkan tanggungjawabku pada ibu ayah ku, itulah saat permulaan kepada keretakan yang mula berdarah. Aku adalah anak lelaki dan tanggungjawabku terhadap ibu dan ayahku mengatasi segalanya..

Permulaan keretakan ini berlaku disaat aku berada di Tanah Suci Mekkah ketika aku bertugas sebagai petugas haji untuk kali yang pertama, Ya Allah, Sesungguhya engkau mengetahui segala yang terbaik untukku dengan menunjukkan jalan yang terbaik untukku dan memakbulkan segala doaku...

Antara doaku adalah "Ya Allah, Seandainya dia Wanita yang terbaik buatku, satukanlah kami dalam ikatan perkahwinan yang diredhaimu, dan sekiranya dia bukan yang terbaik untukku pisahkanlah kami sebelum ikatan ini disatukan dengan pekahwinan".....Ya Allah sesungguhnya ketetapanmu adalah yang terbaik buat hambamu..

Sesungguhnya engkau memiliki dan berpaut pada hati yang lain disaat engkau hampir menjadi milikku
Kau lebih memilih insan yang memiliki harta kekayaan dan kemewahan, daripada aku yang tidak punya apa apa, hanyalah sekeping hati yang sangat tulus menyintaimu. Aku tidak punya kereta mahal, tidak punya rumah yang besar, tidak punya wang beribu, tetapi aku ditinggalkan dan diputuskan pertunangan ku hanya dengan sepotong ayat yang dihantar melaui whatsapp yang berbunyi "Maaf, Perkahwinan dibatalkan" tanpa sebarang penjelasan daripanya dan juga keluarganya, tiap sms dan whassap yang dihantar tidak dibalas, panggilanku juga tidak dibalas malah disekat. nafasku bagaikan disekat, sakit dan kemarahan yang semakin memuncak, ditinggalkan tanpa sebab....

Apakah dayaku ketika ini aku berada ditanah Suci, Hanya Doa yang mengiringiku dan menguatkan diriku untuk terus berdiri dan terus berjalan mendekatkan diri pada Allah, sesungguhnya ini adalah peluang untukku meluahkan segalanya kepada Allah, aku cuba menahan air mata daripada terus keluar daripada kelopak mata, tapi aku tak mampu menahan sakit yang terpaksa aku hadapi, aku membiarkannya mengalir...

Sambil mengadap Kaabah dalam mencari ketenangan hati, aku terus terlelap sambil bersandar di tiang masjid. Kepenatan menanggung dan memikirkan masalah yang kuhadapi ini membawaku kepada lena yang panjang hampir 3 jam aku tertidur, saat aku terjaga dari tidur hadir seseorang menghulurkan aku Al-Quran dan berpesan kepadaku agar membaca Surah Alfatihah sebanyak mungkin serta "berhentilah mengejar cinta dunia dan kembalilah kepada cinta Allah...

Ya Allah engkaulah penentu segalanya, Engkaulah yang menetapkan segalanya, aku redha dan aku terima segala ketetapanmu, sekalipun hati ini sukar untuk menerima bahawa perkahwinanku ini dibatalkan hanya dengan satu sms, Tiada sebarang penjelasan yang diberikan aku dibiarkan terus dihantui dengan pemikiran negatif, Ibuku adalah segala galanya, dialah penasihat dan pendamai jiwaku yang dihantui kemarahan dan kesakitan yang tak mampu untuk aku ungkapkan.

kata kata ibuku hanya satu "Jalan Allah itu indah, sesungguhnya tiap sesuatu yang Allah jadikan itu ada hikmahnya, dan dia menyimpan sesuatu yang lebih baik untukku selepas ini"

Ketetapan Allah ini adalah yang terbaik buat diriku..Sedih, Kecewa, kelukaan...segalanya sudah tertulis...
aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buatmu...walaupun engkau ditakdirkan bukan menjadi milikku lagi...

Sesungguhnya Allah sebaik baik pengatur, kita hanya mampu merancang....

"Hari ini aku mampu untuk berdiri dengan lebih baik selepas semalam aku dijatuhkan"

Aku redha..




RINGKASAN DARI PENULIS AL- MALIQUE

Assalamualaikum, 

Buat para pembaca blog ini, saya adalah orang baru didalam penulisan blog ini, mugkin tak berapa cantik dan kemas, tapi akan diperbaiki hari demi hari. sebagai seorang sahabat dan juga sebagai seorang yang suka menulis, apa yang ingin saya kongsikan bersama adalah kata2 dibawah ini..
"Apapun pandangan orang lain terhadap diri kita, ianya tidak penting, Yang penting adalah bagaimana kita melihat diri kita sendiri'  Teruskan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan doakan saya untuk terus berjaya dan berjaya serta untuk pembaca sekalian juga semoga anda juga terus berjaya hingga ke jannah. 
In Shaa Allah Amin Ya Allah Amin.!


ALLAH DAH SUSUN CANTIK JALAN HIDUP KITA