HANYA YANG TERINDAH...

Adakah Engkau Merasa Apa Yang Aku rasa, Adakah Engkau tahu apa yang aku rasa,
Adakah Engkau Bahagia seperti aku bahagia, Adakah Engkau cinta seperti aku cinta,
Adakah Engkau Ikhlas Menyintaiku seperti mana Aku ikhlas menyintaimu....

Friday 7 April 2017

IBU - SYURGAKU YANG TERAKHIR



Kasih ibu membawa ke syurga....
Tiada yang terindah bagiku hanya apabila melihat wajah ibuku..
Ya Allah.. Sudah banyak kedutan diwajahnya, tubuhnya dimamah usia, rambut yang dahulunya hitam kini menjadi putih, tetapi hatinya masih segar merindui dan menyintai anak2nya. Iringan Doa tidak pernah sekali kali putus dibibir untuk kebahagiaan dan kejayaan setiap anaknya..

Dalam kandungannya aku berada selama 9 Bulan 10 hari, segala keperitan, kesakitan, mengendongknku didalam rahimnya, dijaga dengan sepenuh kasih sayang dan belaian. Disaat tibanya hari aku dilahirkan kesakitan demi kesakitan dilalui dengan penuh kesabaran demi menyambut kelahiran anak yang tersayang.
siang dan malam menangis menganggu tidurnya, dia tetap bangun dengan penuh kesabaran memberikanku susu dari tubuhnya dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah sekalipun keluar dari bibirnya perkataan sakit melahirkanku, kesakitan itu disimpan dibuang sejauhnya tanpa sebarang ungkitan. ibu............
Aku merinduimu ibu...

Kenakalan kami sewaktu kecil dilayani dengan penuh kesabaran, rumah yang bersepah sepah dengan mainan, pergaduhan sesama adik beradik, luka sana sini, curi rambutan rumah jiran, curi mangga rumah jiran, kena kejar dengan anjing, main lestik, mandi sungai, jatuh pokok, jatuh basikal dan macam kerenah anak anak yang nakal, ibuku hanya mampu tersenyum melihat anak2nya sihat membesar...

Tetapi disebalik senyumanmu tersimpan seribu kedukaan dalam membesarkan kami dan mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak2nya, Ya Allah, sungguh perih seorang ibu membesarkan kami, tanpa pernah sekalipun mengeluh kepenatan, setiap malam sebelum ibu masuk tidur, ibu akan masuk kebilik anak anaknya membelai rambut, mencium anak anaknya dengan penuh kasih sayang sambil mengungkapkan "ibu sayang anak anak ibu" dan membetulkan selimut kami yang tercampak ke tepi katil..

kadang kadang terlihat air mata jernih di kelopak mata ibu, sambil ibu memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan kami dengan sempurna, kerana kehidupan kami sangat daif, ibu sedih kerana anak2 ibu hanya dapat makan nasi seminggu sekali, jauh sekali untuk makan ayam, daging dan ikan yang dimasak sedap, semuanya hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dirasa.

ibu....
dalam kepenatan menbesarkan kami, mencari rezeki untuk menyara kami, ibu tak pernah sesekali tinggal  dalam mendidik anak2nya untuk mengenal solat dan Al-Quran, ibu tak mahu anak2 ibu hidup tanpa cahaya Agama dan sesat dengan dunia yang penuh dengan pancaroba yang menyesatkan..

"Ibu nak anak2 ibu ada pegangan agama yang kuat, jadi anak anak yang soleh dan solehah, sentiasa bantu sesiapa sahaja, ibu nak anak2 ibu banggakan ibu bukan dengan kemewahan dan harta, tetapi banggakan ibu dengan agama, jadi manusia yang dicintai penduduk bumi dan langit..... ibu harapkan anak2 ibu boleh bawa dan bimbing ibu masuk kesyurga..

nantikan sambungannya.........



2 comments:

ALLAH DAH SUSUN CANTIK JALAN HIDUP KITA